Wednesday, December 29, 2010

BENGKEL TRANSISI 5 DAN 6 TAHUN

Pada 23 & 24 Disember 2010 Majlis Guru Pasti Kota Bharu telah mengadakan program Bengkel Transisi 5 Dan Tahun di Dewan Pasti Al-Qamariah, Sungai Keladi, Kota Bharu. Objektif program tersebut adalah untuk meningkatkan lagi skil pengajaran guru-guru kepada anak-anak Pasti yang baru memasuki kelas 5 dan 6 tahun. Kursus tersebut dihadiri oleh sebahagian besar guru-guru Pasti kawasan Kota Bharu.
Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi khamis 23/12/10 tersebut turut merangkumi program peningkatan rohani dengan adanya Qiamullail, solat berjamaah dan kuliah Subuh. Program diakhiri dengan ucapan perasmian penutup oleh Pengerusi Pasti KB, Cikgu Zuhairi Ismail.
Dalam ucapannya Cikgu Zuhairi menyentuh beberapa perkara seperti berikut :
i.   Agar guru-guru Pasti mengambil berat soal pakaian agar menjadi contoh kepada masyarakat.
ii.  Akan menyediakan pakaian rasmi kepada guru-guru.
iii.  Arahan Pasti Pusat agar setiap kawasan Pasti mempunyai pejabat sendiri.
iv.  Akan mengadakan program wajib kepada guru-guru Pasti seperti puasa sunat pada hari-hari tertentu dan usrah bulanan

Program diakhiri dengan penyampaian sumbangan sebanyak RM 3000.00 kepada MGP kerana telah berjaya mengadakan program Ihtifal kawasan baru-baru pada bulan lepas di Pasti Al-Qamariah.
Tahniah diucapkan kepada MGP kerana telah berjaya menganjurkan kursus tersebut.

Puan Hasmah menyampaikan taklimat

Pengerusi & SU turut hadir

Penyampaian cek sumbangan kepada Pengerusi MGP

Antara bahan yang dibengkelkan

Sebahagian peserta yang terlibat

Beri perhatian amanat Pengerusi

Peserta

Khusyuk mendengar

Friday, December 24, 2010

PASTI JAAFARIAH PERLUKAN SUMBANGAN SEGERA

2010 sudah hampir melabuhkan tirainya. 2011 semakin menampakkan wajahnya, bermakna musim persekolahan semakin amat hampir. Dalam kederasan masa berlalu, Pasti Jaafariah yang masih dalam proses naik taraf masih belum siap dan mungkin tidak sempat disiapkan sepenuhnya menjelang tahun baru. Harus, (maaf slang Indon sikit) bagaimana nasib anak-anak Pasti yang akan mendaftar atau meneruskan pengajian di Pasti tersebut. Apakah mereka dapat belajar dengan selesa dalam keadaan bangunan yang separuh siap tersebut? Bagaimana pula soal keselamatan mereka semasa belajar nanti? Mahu tak mahu Pasti ini mesti meneruskan aktiviti pengajiannya menjelang tahun  baru nanti.
Buat masa sekarang proses membina bangunan tambahan Pasti tersebut yang dibina bersekali / bersambung dengan bangunan surau berjalan agak perlahan kerana masalah kewangan. Sekalipun sudah benyak mendapat sumbangan berupa kewangan atau bahan binaan dari individu yang pemurah, namun masih banyak yang diperlukan. Antara bahagian yang masih perlu dibina adalah seperti lantai tengah tingkat atas, ruang tangga masuk, sekatan (partition) antara kelas, perabot seperti rak buku, meja guru, meja dan kerusi pelajar dan lain-lain lagi.
Oleh itu, kami amat memerlukan sumbangan dari sesiapa sahaja yang berhajatkan sedaqah jariah di sisi Allah. Sumbangan bolehlah dihantar melalui akaun bank pasti KB seperti paparan di sebelah.

Sedang bermesyuarat ; Pengerusi Pasti KB, SU, Cg Mah,  Guru Pasti  dan Ahli Jawatankuasanya.

Fikir masalah umat

Dari luar dan tangga masuk

Pandangan dari jalan raya

Sekolah dah nak buka

LAGI IHTIFAL ... PASTI AL-HUSNA

Seperti kebiasaannya setiap hujung tahun, majlis ihtifal di Pasti Al-Husna, Paya Rambai sentiasa dikunjungi oleh ramai ibu-bapa yang hadir untuk melihat anak masing-masing menerima sijil dan membuat persembahan. Majlis pada tahun ini yang diadakan pada 12 November 2010 telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda DPPKB serta diserikan pula dengan ceramah motivasi keibu-bapaan oleh Ustazah Norazam dari Dewan Muslimat KB. Dalam majlis tersebut Ustazah Norazam turut membuat penyampaian hadiah selain sumbangan cek yang disampaikan oleh Ketua Pemuda kepada pengurus Pasti Al-Husna. Setiausaha Pasti KB juga tidak ketinggalan memantau majlis yang diadakan tersebut.

Ucapan Perasmian KP

Antara Tetamu Yang Hadir

Penyampaian Cek Sumbangan Oleh KP DPPKB

Pengerusi Kita

Praktikal Solat

Penyampaian Oleh Ustazah Norazam

Yang Diraikan

Tuesday, December 21, 2010

GURU PASTI TERIMA ELAUN

Pada 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharram 1432H Guru-guru PASTI sekali lagi datang berkumpul di PUTIK, Pengkalan Chepa seawal jam 10.30 pagi kerana MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN ELAUN GURU PASTI.

Di dalam majlis tersebut, selain Pengarah PASTI Negeri yang berucap, turut berucap mantan Pengarah, YB Zaki Ibrahim. Beliau menekankan perlunya guru-guru Pasti beristiqamah dengan perjuangan Islam serta melibatkan diri bersama jamaah.

Guru-guru Pasti mesti "tepuk dada tanya Iman" dan bukan tanya selera bila cuba dipengaruhi oleh pehak-pehak yang luar yang memberikan berbagai tawaran tetapi dengan syarat-syarat yang tertentu yang boleh memesongkan guru-guru dari perjuangan yang asal. Guru-guru Pasti juga diingatkan betapa keprihatinan kerajaan Negeri yang memberikan berbagai bantuan dan elaun yang tidak dinikmati oleh guru-guru di negeri lain sekalipun yang diperintah oleh kerajaan PR apatah lagi bagi berada di bawah pemerintahan BN.

Maka, marilah kita sama-sama sentiasa bersyukur dan bersabar serta terus meningkatkan usaha memperjuangkan Islam khususnya di medan pendidikan di Malaysia ini.

IHTIFAL PASTI MUNAWWARAH

Pasti Munawwarah telah mengadakan Majlis Ihtifalnnya pada 12 November 2010 yang dirasmikan oleh YB Dato' Taqiuddin Hassan. Majlis tersebut berlangsung dalam suasana yang meriah dengan kehadiran ibu-bapa disertai oleh penduduk sekitar. Ihtifal tersebut diakhiri dengan ucapan penutup oleh Pengerusi Pasti KB, Cikgu Zuhairi. Turut hadir memeriahkan majlis adalah wakil DPPKB iaitu sdra Idham dan Hafizi serta Setiausaha DUN Bunut Payong, Sdra Shaari mat Yaman. Berikut adalah warna-warni majlis tersebut.
Anak-anak Pasti memang berbakat
Dah pandai baca ...
Persembahan Nasyid

Pengerusi Pasti KB menyampaikan ucapan

Penyampaian hadiah oleh YB Taqiuddin
Wakil DPPKB dan SU DUN Bunut Payong (Hafizi, Idham, Shaari)

Puan Munaawarah Hasbiah (guru Pasti)

Persembahan Azan

Penyampaian Sijil

Ibu bapa dan penduduk sekitar

Thursday, December 16, 2010

PENGUASAAN ICT DI KALANGAN GURU-GURU PASTI MASIH RENDAH

Tahap pengusaan ICT di kalangan guru-guru Pasti masih rendah dan mungkin juga di bawah 'tahap purata kebangsaan' jika ada. Buktinya cukup mudah. Walaupun mungkin tidak menepati kaedah ilmu statitistik, penulis  percaya masih ramai guru Pasti di kawasan Kota Bharu yang belum pernah membuka laman blog ini sendiri walaupun ianya diwujudkan untuk kemudahan guru-guru Pasti (khususnya di dalam kawasan Kota Bharu sendiri) untuk berkongsi idea dan maklumat.
Begitu juga, mungkin terdapat di kalangan guru-guru Pasti yang belum mengetahui kewujudan facebook 'pastikb' yang boleh menjadi medan guru-guru berkongsi ilmu dan maklumat bukan sahaja di kalangan guru-guru pasti kb bahkan menghubungkan guru-guru pasti di seluruh Malaysia. InsyaAllah melalui mekanisma ICT guru-guru akan mendapat idea baru untuk memperkemaskan lagi Pasti cawangan masing-masing. Maklumat tentang program akan datang dan keputusan mesyuarat juga dapat disebarkan dengan lebih cepat dan merata di kalangan kita.
Oleh itu penulis menyeru agar semua guru Pasti meningkatkan pengetahuan di bidang ICT untuk kebaikan bersama. Insyaallah PastiKB akan merancang program agar guru-guru Pasti tidak lagi fobia dengan komputer ddan internet.

Sunday, November 28, 2010

IHTIFAL PASTI MUSTAKIM


Us. Baharuddin menyampaikan sijil

... penuh semangat

Penggerak dan yang hadir

Penyampaian Sajak

Ihtifal Pasti Mustakim turut diadakan pada hari sabtu 13/11/10 dirasmikan oleh Us Baharuddin bin Mohd Noor, AJK PAS Kawasan Kota Bharu yg juga merupakan mantan Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu pada tahun 2008.
Antara yang menarik ialah penyerahan kembali wang tabung simpanan anak-anak Pasti di mana ada yg mencapai hampir seribu ringgit. Satu lagi mang menonjol adalah keberanian anak-anak Pasti di sini membuat persembahan di mana semuanya bersuara nyaring dan bersemangat serta tanpa malu-malu mennyampaikan nasyid, sajak, bercerita dan membaca. Ini turut diakui oleh Pengerusi majlis Puan Wan Syarifah (Kak Sah) yang 'dipinjamkan' dari Pasti Takifa.
TAHNIAH kepada gurunya yg bernama Pn Norhayati yang telah berjaya mendidik anak-anak pastinya sedemikian rupa.

Friday, November 26, 2010

ADIK NOR ATIQ PELAJAR CEMERLANG PASTI AL-QAMARIAH

Pasti Al-Qamariah telah mengadakan majlis ihtifalnya pada 13/11/10 (Sabtu). Majlis tersebut dihadiri dan dirasmikan oleh wakil Pemuda PAS Negeri Kelantan iaitu Ustaz Nazli (AJK Lujnah Tarbiah).
Pada majlis tersebut, Adik Nor Atiq Syafiqah bt Mat Nor telah dianugerahkan sebagai Pelajar Paling Cemerlang dan Berinovasi. Pemilihan adik Nor Syafiqah amat tepat memandangkan beliau telah mendapat tempat pertama ujian akademik untuk anak-anak Pasti berumur 6 tahun. Dalam ko-kurikulum pula beliau telah mewakili pasti cawangan, kawasan dan seterusnya pasti Negeri Kelantan ke Pasta Sukan Pasti peringkat Kebangsaan.
Tahniah diucapkan kepada adik Nor Atiq Syafiqah.





Thursday, November 18, 2010

IHTIFAL PASTI AL-HIKMAH

Pasti Al-Hikmah, Baung Bayam telah mengadakan majlis ihtifalnya pada 13/11/10 iaitu pada pagi Sabtu bermula jam 8.30 pagi lagi. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Pasti Kota Bharu, cikgu Zuhairi Ismail. Antara orang kuat Pasti ini adalah Mok Su Nah, Abe Loh Pos dan pengerusinya Tok Imam Kob. YB Dato Wan Abdul Rahim sempat menjenguk ihtifal Pasti ini setelah terlebih dahulu merasmikan ihtifal Pasti Cherang. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam dalam program tersebut.















Wednesday, November 17, 2010

IHTIFAL PASTI KB

Alhamdulillah. Pasti-pasti cawangan telah selamat mengadakan Majlis Ihtifal masing-masing pada hari khamis dan jumaat (6.11,12 & 13 November 2010) yang lepas. Pasti-pasti yang telah mengadakan ihtifal sebagaimana berikut ;



Setiap majlis yang diadakan akan turut dihadiri oleh AJK Pemuda KB sebagai mewakili DPPKB. Cuma agak mengecewakan juga kerana ramai AJK Pemuda yang tidak dapat menyertai program tersebut kerana terlibat dengan persiapan Expo Cheng Ho dan ada juga yang ke Kuala Lumpur menghadiri seminar ... "Pas Ganti UMNO" ? Ada juga AJK Pemuda merangkap tok-tok ngulu yang ada program bersama Tok Penggawa.

SU Pasti KB juga telah memaklum kepada Sinar Harian berhubung program tersebut dan menghantar email kepada wartawan berkenaan, malangnya tak ada rezeki lagi untuk masuk berita. Maaf Mok Su Nah tu.
Tahun depan insyaallah PASTI KB akan mengadakan program berpusat atau 'konvo' yang melibatkan semua Pasti cawangan.

Thursday, November 11, 2010

IHTIFAL PASTI JAAFARIAH


Pasti Jaafariah telah mengadakan majlis ihtifal pada 11/11/2010 bermula jam 9.00. Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Kota Bharu merangkap Pegawai Khas kepada YB Dato Anuar Tan iaitu Ustaz Wan Azimin bin Wan Adnan. Turut hadir SU Pasti KB, ALP Pasti Negeri Pn Hasmah bt Abdullah dan AJK Pasti KB merangkap AJK Muslimat, Puan Haslini Hussin. Sekalipun majlis dibuat secara sederhana memandangkan Pasti tersebut yang bersambung dengan surau kini dalam proses pengubahsuaian dan penambahbaikan, namun tetap meriah dengan persembahan anak-anak Pasti, cabutan bertuah, penyampaian cenderamata dan hadiah kecemerlangan pelajar oleh Ketua Pemuda dan AJK Pasti KB.

Penyampaian hadiah oleh KP


Lagi sumbangann disampaikan oleh KP
Di balik tabir


Anak-anak kita memang berbakat jika dipupuk
Persembahan Nasyid

Kak Mah mempengerusikan majlis
Puan Haslini dari Dewan Muslimat

Ketua Pemuda DPPKB