Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi khamis 23/12/10 tersebut turut merangkumi program peningkatan rohani dengan adanya Qiamullail, solat berjamaah dan kuliah Subuh. Program diakhiri dengan ucapan perasmian penutup oleh Pengerusi Pasti KB, Cikgu Zuhairi Ismail.
Dalam ucapannya Cikgu Zuhairi menyentuh beberapa perkara seperti berikut :
i. Agar guru-guru Pasti mengambil berat soal pakaian agar menjadi contoh kepada masyarakat.
ii. Akan menyediakan pakaian rasmi kepada guru-guru.
iii. Arahan Pasti Pusat agar setiap kawasan Pasti mempunyai pejabat sendiri.
iv. Akan mengadakan program wajib kepada guru-guru Pasti seperti puasa sunat pada hari-hari tertentu dan usrah bulanan
Program diakhiri dengan penyampaian sumbangan sebanyak RM 3000.00 kepada MGP kerana telah berjaya mengadakan program Ihtifal kawasan baru-baru pada bulan lepas di Pasti Al-Qamariah.
Tahniah diucapkan kepada MGP kerana telah berjaya menganjurkan kursus tersebut.
Puan Hasmah menyampaikan taklimat |
Pengerusi & SU turut hadir |
Penyampaian cek sumbangan kepada Pengerusi MGP |
Antara bahan yang dibengkelkan |
Sebahagian peserta yang terlibat |
Beri perhatian amanat Pengerusi |
Peserta |
Khusyuk mendengar |