Thursday, December 29, 2011

MENGAPA MEMILIH PASTI UNTUK ANAK ANDA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Hari tiada sebarang gambar yang akan di'upload'. Hanya sebuah bicara untuk anda tatapi dan hayati seterusnya disusuli dengan sebuah tindakan.

Cuti sekolah sudah sampai ke penghujungnya. Ibu bapa terutamanya yang jenis 'last minute' mula sibuk mencari kelengkapan untuk anak-anak masing-masing. Bagi yang mempunyai anak pra-sekolah mula mendaftarkan anak masing-masing di tadika-tadika pilihan. Bagi yang memilih Pasti sebagai wadah pendidikan anak anda, bersyukurlah kerana anda telah membuat pilihan yang bijak dan tepat.

Mengapakah saya berani mengatakan begitu? Ini kerana pasti mempunyai banyak kelebihan yang tidak dimiliki oleh pusat pendidikan pra-sekolah yang lain. keistimewaan pasti tidak boleh diukur dengan ciri fizikalnya sekalipun tidak dinafikan keadaan tempat belajar adalah penting. Di antara kelebihan Pasti adalah seperti berikut ;

1) Pusat Pendidikan Prasekolah Terbesar Dan Program Bersifat Nasional

Pasti merupakan antara pusat pendidikan pra sekolah yang terbesar di Malaysia. Di seluruh Malaysia terdapat 1677 buah Pasti (melebih 75,000 murid) manakala di Kelantan sahaja terdapat 297 buah Pasti. Di Kota Bharu terdapat 17 buah Pasti (12 di Tanjung Mas, 3 di Bunut Payong dan 2 di Kota lama). Justeru, berbagai program bersifat nasional dapat dijalankan bagi memberikan peluang kepada anak-anak kita yang berpotensi untuk ditonjolkan bakatnya ke peringkat tertinggi terutamanya program ko-kurikulum seperti Pesta Sukan Pasti, Alam Ria Pasti serta Akademik (Peperiksaan) yang diselaraskan di seluruh negara. Anak-anak anda yang berbakat berpeluang digilap bakatnya di peringkat kawasan, negeri dan seterusnya negara.

3) Kurikulum Yang Bersepadu, Terkini dan Terbaik

Kurikulum pasti digubal oleh pakar-pakar pendidikan terutamanya pendidikan kanak-kanak dan sering diceduk terutamanya oleh pusat-pusat pra-sekolah swasta sebagai rujukan. Ianya menekankan pembangunan Insan yang seimbang untuk dunia dan akhirat. Berbagai modul pendidkan yang terbaru sentiasa digubal dan mengalami proses penambahbaikan dari semasa ke semasa. Modul seperti kelas KAFFAH, kelas Transit, Pra Tahfiz serta Kurikulum 4 Tahun telah dirangka dengan begitu lengkap serta dilengkapi pula dengan manual perlaksanaan dan latihan untuk guru, buku-buku latihan serta pelbagai Bahan Bantu Mengajar bagi menjayakan perlaksanaanya.

4) Guru-guru Yang Terlatih

Guru-guru Pasti juga sentiasa di'upgrade' dan di'up-to-date'kan dengan ilmu-ilmu pendidikan dari semasa ke semasa. Setiap guru pasti mestilah menjalani Kursus Peringkat Asas, Peringkat Pertengahan, Kursus Mengikut Modul dan berbagai lagi kursus yang dianjurkan pula oleh Pasti Kawasan masing-masing, Tidak cukup dengan itu, guru-guru Pasti juga diwajibkan mengikuti Usrah dan Tamrin secara berkala.

5) Yuran dan Kos Pendidikan yang Murah

Dibandingkan dengan yuran pendaftaran dan bulanan yang dikenakan oleh Pra-sekolah swasta yang mencapai ratusan ringgit, yuran bulanan Pasti adalah sangat rendah. Sebagai contohnya yuran Pasti cawangan di sekitar Kota Bharu haya sekitar RM 25 - RM 40 sahaja. Disamping itu ibu-bapa diberi pilihan untuk mendaftarkan anak ke pakej-pakej khas pilihan seperti kelas transit, Qiraati dan sebagainya dengan hanya sedikit bayaran tambahan.

6) Guru-guru Yang Berdedikasi Dan Ikhlas

Selain dilengkapi dengan pengetahuan dan latihan, guru-guru Pasti juga amat berdedikasi dalam menjalankan tugas masing-masing. Dibandingkan dengan ganjaran dan gaji yang diterima tentulah tidak berpadanan sebaliknya pengorbanan dan kecintaan kepada profesyen keguruan menjadi sandaran. Tentulah guru-guru yang mengajar dengan penuh keikhlasan tersebut akan memberikan hasil dan kesan yang lebih baik untuk anak-anak kita terutamanya dari sudut keberkatan dan pembentukan akhlaq.

7)  Pengalaman Dan Penambahbaikan

Pasti telah menyambut Jubli Perak pada tahun 2009 yang lepas, Ini bermakna umur pasti sudah mencapai 27 tahun dan telah cukup matang dengan selok belok di bidang pendidikan pra-sekolah. Ianya juga sudah mengalami berbagai tahap transformasi dan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Sebagai contohnya di tahun 2012 ini, seluruh bagunan pasti akan menyeragamkan cat dan mural bangunan masing-masing bagi membentuk satu identiti yang sama. Berbagai KPI juga telah ditetapkan kepada Pasti Kawasan untuk dicapai setiap tahun.

8)  Dasar dan Manhaj  Berteraskan Pemantapan Akidah

Yang paling utama sekali, Visi dan Misi Pasti dipimpin oleh ajaran Islam yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Proses pendidikan Pasti lebih mengutamakan pembinaan akidah yang benar dan mantap di samping tidak meningggalkan aspek JERI (jasmani, emosi, rohani dan Intelek) yang lain sebagai mana panduan dari nasihat Luqman kepada anaknya (rujuk Surah Luqman). Semoga dengan menghantar anak-anak di Pasti, anak-anak kita akan mempunyai bakat (dan kemahiran) untuk membaca dan menyedekahkan bacaan tersebut kepada roh kita sekiranya kita sudah pergi ke alam baqa kelak.

Dengan berbagai kelebihan yang ditawarkan oleh Pasti di atas, masih adakah lagi di antara kita yang memilih pusat pendidikan pra-sekolah yang lain selain Pasti semata-mata kerana melihat bangunan Pasti yang uzur barangkali? Lebih menyedihkan sekiranya ada pada pemimpin dan aktivis parti yang berjuang menegakkan politik Islam tetapi memilih pendidikan yang kurang Islamik untuk anaknya.

Akhir kalam, marilah sama-sama kita menghantar anak masing-masing ke Pasti kerana pastinya hanya Pasti yang selayaknya menjadi pilihan anda untuk anak-anak anda.

3 comments:

  1. Iklas ialah tugas guru, memberikan gaji yang mencukupi adalah tugas semua ahli PAS. Kalau setiap ahli PAS di KB menyumbang RM5 setiap bulan, guru2 PASTI akan dpt menikmati gaji yg lebih baik dan dapat berkhidmat dgn lebih tumpuan lagi. Sayangnya sumbangan sesedikit ini tidak pernah menjadi keutamaan mereka maka sbb itu gaji guru masih amat kecil.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ke 3 tiga anak sy pon dihantar ke pasti.. Dan sy amat percaya kpd guru2 pasti

    ReplyDelete
  3. Tulisan yg menarik.. PASTI kan terus memberi khidmat terbaik melahirkan generasi berkualiti utk masa depan agama dan negara insyaAllah.

    ReplyDelete