Thursday, October 1, 2009

GAMBAR-GAMBAR PASTI AZ-ZAHRAH










Mengenali Pasti Az-Zahrah

Pasti Az-Zahrah adalah sebuah Pasti yang aktif di terletak di Taman Desa Rahmat, Kota Bharu. Untuk menuju ke Pasti tersebut adalah dari cabang empat Guchil Bayam menuju ke Demit kemudian masuk ke taman berkenaan. Jumlah pelajarnya tidak kurang dari 35 orang di bawah bimbingan dua orang guru yang aktif dan kreatif iaitu cikgu Munawwarah Hasbiah dan Cikgu Zaidah. Pasti tersebut telah mengadakan berbagai aktiviti seperti foto di bawah.

Tuesday, June 30, 2009

PASTI KB Catat Sejarah Lagi



Seperti yang saya sebutkan dalam post terdahulu, Pasti KB sekali lagi mencatat sejarah bilamana Pasukan Bolasepak nya telah muncul sebagai JUARA manakala Pasukan Bolajaring pula muncul sebagai NAIB JUARA. Dalam Bolasepak, Pemain terbaik diungguli oleh MOHD AFIQ NABIHAN ROZMAN dari PASTI AL-HUSNA, Paya Rambai dan Penjaring terbanyak pula oleh ADAM AZIZALLAH KHAN dari Pasti AR-RAHMAH, Berek 12. Walaubagaimanapun JUARA KESELURUHAN dimenangi oleh Kubang Kerian. Tak apalah sebab sama-sama Pasti. Tahun depan insyaAllah akan dirampas balik oleh KB.

Tarik tali apa cerita? ... Syyyh !!! Yg tu tahun depan kita cerita. Tapi, tahun depan kita harap pihak Urusetia dapat sediakan 'healer' kepada pengadil tarik tali. Barulah penarik-penarik (?) dapat betul-betul bersedia menarik tali. (Ini bukan alasan tapi cadangan).

Justeru KEHEBATAN pemain-pemain Pasti KB dalam pertandingan tersebut, 8 orang pemain bolasepak dan 4 orang pemain bolajaring dari KB telah dipilih mewakili Pasti Kelantan ke Pesta Sukan Pasti Malaysia di Selangor pada

Pertandingan tersebut diadakan di Padang Majlis Perbandaran Dabong, Laloh pada 11/6/09 (Khamis) setelah jadual pertandingan asal ditunda akibat hujan lebat di Kota Bharu pada 30/5/09 yang lalu.

Tahniah kepada semua guru, jurulatih, pengurus, ajk dan pelajar yang terlibat. Tahniah !

Tuesday, May 5, 2009

Latihan Sukan PASTI KB

PastiKB akan mengadakan latihan sukan pada 7 , 14 dan 21 Mei 2009 ini di Padang JKR 10 jam 9.00 pagi ( Khamis). Latihan tersebut akan dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman bagi merealisasikan visi merangkul gelaran JUARA bolasepak, bola jaring dan tarik tali.
Juara bukanlah gelaran yang asing bagi PASTI KB kerana kami adalah Juara Bertahan pasukan bolasepak serta mendapat tempat ke 3 pertandingan bola jaring pada Sukan PASTI Negeri tahun lepas.
InsyaAllah kejayaan pada tahun ini akan menjadi lebih manis lagi. Siap siaga wahai pejuang-pejuang kami.

Monday, April 27, 2009

Guru PASTI Kemalangan

Salah seorang guru PASTI iaitu PASTI Az-Zahrah, Desa Rahmat telah terlibat dalam kemalangan pada13/4/09 yang lepas. Takziah diucapkan kepada Pn Zaidah binti Abdullah yang terlibat dalam kemalangan tersebut di mana motosikal yang beliau naiki telah bertembung dengan kereta. Syukur Alhamdulillah kerana beliau terselamat dan semakin pulih serta kini masih berehat di rumahnya. Walaubagaimanapun beliau masih berehat dan belum dapat menjalankan tugasnya.
Akhirnya didoakan agar beliau cepat sembuh dan dapat menjalankan tugas seperti biasa.

Rombongan Unit Kebajikan PASTI telahpun pergi menziarahi beliau diketuai oleh Pengerusi PASTI KB pd 20/4/09.

Saturday, April 18, 2009

Bertemu Kembali

Pasti KB akan menerbitkan sebuah buletin yang diberi nama BERITA YANG PASTI. Tujuan buletin tersebut adalah sebagai sumber berita sesama guru Pasti dan juga ibu-bapa pelajar Pasti. Ianya juga akan dimuatkan dengan tips pendidikan anak-anak pra-sekolah, perbincangan sesama pendidik, dan program-program yang akan diadakan. Tunggulah kemunculannya !!!

Sunday, March 29, 2009

Selamat Bertemu

Assalamualaikum,

Laman blog ini adalah akses kepada semua guru, pengurus serta ibu bapa yang prihatin kepada perkembangan PASTI khususnya PASTI Kawasan Kota Bharu.
Semoga mendapat sokongan semua untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan dan pengurusan PASTI.