Monday, September 17, 2012

ALAMRIA PASTI KELANTAN

PASTI Kelantan talah mengadakan Majlis Alam Ria Pasti Kelantan pada 8 September 2012. Alhamdulillah dalam pertandingan tersebut Pasti Kota Bharu telah menang banyak acara di antaranya seperti berikut ;

1. Bercerita Lelaki - Johan - Mohd Huzaifah bin Fazuni dari Pasti Munawwarah
2. Bercerita Perempuan - Johan - Nor Azlina Azzahrah dari pasti Munawwarah
3. Khutbah - Johan - Ahmad Fuhaimie b Mohd Azhar dari Pasti Munawwarah
4. Kalam Jamaie - Johan - 13 orang peserta dari pasti Al-Ahmadi
5. Sajak - Tempat ke-3 - Ahmad Adam Mirza bin Muhammad dari Pasti Al-Ahmadi
6. Hafazan - Naib Johan - Siti Amani bt Fauzi  - Pasti Muaz bin Jabal

Secara keseluruhannya pasti Kota Bharu mendapat tempat ke dua di belakang Pasti Kubang Kerian. Satu peningkatan dibandingkan dengan pencapaian tahun-tahun sebelumnya.

Tahniah kepada adik-adik yang berjaya terutamanya yang akan mewakili Pasti Kelantan ke peringkat Kabangsaan.

Monday, July 30, 2012

ZIARAH PASTI ALOR SETAR KE PASTI KOTA BHARU

Pada malam 12/7/12 PASTI Kota Bharu telah menerima kunjungan rombongan dari PASTI Alor Setar seramai lebih 50 orang (Sebuah bas dan beberapa buah kereta). Kunjungan tersebut adalah lawatan balas terhadap kunjungan PASTI KB ke Pasti berkenaan pada tahun 2010 yang lepas.
Rombongan diketuai oleh Ustaz Ahmad Hamadah bin Mohd Shauki (Ketua Penerangan Pemuda PAS Alor Setar),  Ustaz Ammar Syafiq (S/U Pasti Kawasan merangkap S/U Pemuda Kaw. Alor Setar) serta Ustaz Fisol bin Mat Saat (Pengerusi Pasti Alor Setar). Sayangnya Us. Ahmad Hamadah tidak dapat bersama-sama melawat pejabat Pasti KB (yang menempatkan juga Pasti Al-Qamariah) kerana terlibat dengan kemalangan di Pasir Putih pada hari sebelumnya.
Rombongan disambut oleh Setiausaha dan AJK Pasti KB, AJK Pemuda KB, Pengerusi Pasti Qamariah (Us. Abd Rahman Shamsuri), Pengerusi dan AJK MGP KB serta guru-guru Pasti KB.
Berikut adalah sebahagian rakaman peristiwa manis tersebut ;






Barisan MGP KB dan Alor Setar bergambar bersama





SU Pemuda KB menyampaikan ucapan


Tuesday, April 3, 2012

ZIARAH DAN PENILAIAN PASTI

Pada 27 Mac 2012 (Selasa) yang lalu, beberapa buah Pasti cawangan telah dilawati untuk dibuat penilaian bagi memilih PASTI cawangan yang terbaik dari yang terbaik. Panel penilai adalah terdiri dari Ketua Kenaziran Pasti Negeri serta beberapa wakil Dewan Pemuda PAS Kota Bharu serta Setiausaha PASTI Kota Bharu. Antara Pasti yang dikunjungi di hari pertama adalah PASTI Muaz bin Jabal, PASTI Munawwarah dan PASTI Cherang, Penilaian tertumpu kepada perlaksanaan KPI (Key Performance Indicator) sebagaimana panduan yang digariskan dalam Manual Pengurusan Pasti. Di hari berikutnya (28/3/12) beberapa buah lagi Pasti dilawati iaitu Pasti Al-Qamariah, Pasti Takifa, Pasti Bistari dan Pasti Mustakim.

Gambar-gambar di bawah adalah sekitar lawatan di Pasti Muaz bin Jabal sahaja.

Pasti Muaz bin Jabal dari pandangan luar. Di sebelah kiri Pusat Tahfiz

Penghulu Irwan sedang membuat penilaian. Berdiri : Ustaz Azil

Dari kiri : Us Azil, Irwan, Kak Mah, Cg Yah dan Nazrol (AJK DPPKB)

Kemudahan TV untuk tayangan

Susunan ABM yang menarik

Ceria

Saturday, March 24, 2012

MANUAL PENGURUSAN PASTI

Manual Pengurusan Pasti telahpun dikeluarkan oleh Pasti Pusat bagi memberi panduan pengurusan kepada Pengurusan Pasti di semua peringkat. Manual ini adalah penambahbaikan kepada manual sedia ada.
Di antara kandungan manual tersebut yang penting dan utama adalah seperti KPI (Key Performance Index), panduan warna dan rekabentuk mural bangunan Pasti yang seragam di seluruh Malaysia serta berbagai standard pengurusan yang diperkenalkan.
Semasa mesyuarat dan taklimat kepada guru-guru Pasti pada 1/2/2012 di Pejabat PAS Kawasan Kota Bharu, suatu majlis penyerahan kepada guru-guru Pasti Cawangan telah dibuat yang disampaikan sendiri oleh Pengerusi Pasti Kota Bharu, Cikgu Zuhairi Ismail.














Semoga dengan adannya Manual Pengurusan tersebut di setiap cawangan akan menjadi panduan dan ikutan kepada semua Pasti Cawangan dan Kawasan dan akhirnya Pasti akan menjadi lebih gah di mata masyarakat.

MUKTAMAR TAHUNAN MGP KOTA BHARU

24/3/12 Sabtu, 5.00 petang. Mukamar Tahunan MGP Kota Bharu kali ke 10 telah berjaya diadakan. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi MGP, Pengerusi Pasti KB dan ucapan perasmian oleh Ustaz Khairul. SU Pasti KB bertindak sebagai SPR pada hari ini.

Keputusan pemilihan :

Pengerusi : Cikgu Sapiah Yunus
Timbalan Pengerusi  :  Cg Wan Marina bt Wan Yunus
Ahli Jawatankuasa :
    i)  Noorbainie bt Yusoff
   ii)  Mahani bt Idris
  iii)  Munawwarah Hasbiah bt Mahmood
   iv) Zurina bt Mat Zain
   v)  Norhayati bt Mat Ripin
   vi) Noorhayati bt Syukri
  vii) Morni bt Zakaria
 viii) Nor Azlina Mohd Noor

Pasti KB ingin mengucapkan tahniah kepada yang baru dipilih dan selamat berjuang. Juga terima kasih kepada yang telah berkhidmat pada sesi yang lepas terutamanya Pengerusi Cg morni Zakaria di atas jasa-jasanya yang tidak terhingga.

Bajili (duduk) sebagai pengerusi majlis perasmian

Perwakilan

Pengerusi Pasti KB menyampaikan amanat


Ucapan perasmian Us Khairul

Balik tabir

Pengerusi Tetap

Latihan menjelang PRU 13

Semangat beratur untuk mengundi

Thursday, December 29, 2011

MENGAPA MEMILIH PASTI UNTUK ANAK ANDA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Hari tiada sebarang gambar yang akan di'upload'. Hanya sebuah bicara untuk anda tatapi dan hayati seterusnya disusuli dengan sebuah tindakan.

Cuti sekolah sudah sampai ke penghujungnya. Ibu bapa terutamanya yang jenis 'last minute' mula sibuk mencari kelengkapan untuk anak-anak masing-masing. Bagi yang mempunyai anak pra-sekolah mula mendaftarkan anak masing-masing di tadika-tadika pilihan. Bagi yang memilih Pasti sebagai wadah pendidikan anak anda, bersyukurlah kerana anda telah membuat pilihan yang bijak dan tepat.

Mengapakah saya berani mengatakan begitu? Ini kerana pasti mempunyai banyak kelebihan yang tidak dimiliki oleh pusat pendidikan pra-sekolah yang lain. keistimewaan pasti tidak boleh diukur dengan ciri fizikalnya sekalipun tidak dinafikan keadaan tempat belajar adalah penting. Di antara kelebihan Pasti adalah seperti berikut ;

1) Pusat Pendidikan Prasekolah Terbesar Dan Program Bersifat Nasional

Pasti merupakan antara pusat pendidikan pra sekolah yang terbesar di Malaysia. Di seluruh Malaysia terdapat 1677 buah Pasti (melebih 75,000 murid) manakala di Kelantan sahaja terdapat 297 buah Pasti. Di Kota Bharu terdapat 17 buah Pasti (12 di Tanjung Mas, 3 di Bunut Payong dan 2 di Kota lama). Justeru, berbagai program bersifat nasional dapat dijalankan bagi memberikan peluang kepada anak-anak kita yang berpotensi untuk ditonjolkan bakatnya ke peringkat tertinggi terutamanya program ko-kurikulum seperti Pesta Sukan Pasti, Alam Ria Pasti serta Akademik (Peperiksaan) yang diselaraskan di seluruh negara. Anak-anak anda yang berbakat berpeluang digilap bakatnya di peringkat kawasan, negeri dan seterusnya negara.

3) Kurikulum Yang Bersepadu, Terkini dan Terbaik

Kurikulum pasti digubal oleh pakar-pakar pendidikan terutamanya pendidikan kanak-kanak dan sering diceduk terutamanya oleh pusat-pusat pra-sekolah swasta sebagai rujukan. Ianya menekankan pembangunan Insan yang seimbang untuk dunia dan akhirat. Berbagai modul pendidkan yang terbaru sentiasa digubal dan mengalami proses penambahbaikan dari semasa ke semasa. Modul seperti kelas KAFFAH, kelas Transit, Pra Tahfiz serta Kurikulum 4 Tahun telah dirangka dengan begitu lengkap serta dilengkapi pula dengan manual perlaksanaan dan latihan untuk guru, buku-buku latihan serta pelbagai Bahan Bantu Mengajar bagi menjayakan perlaksanaanya.

4) Guru-guru Yang Terlatih

Guru-guru Pasti juga sentiasa di'upgrade' dan di'up-to-date'kan dengan ilmu-ilmu pendidikan dari semasa ke semasa. Setiap guru pasti mestilah menjalani Kursus Peringkat Asas, Peringkat Pertengahan, Kursus Mengikut Modul dan berbagai lagi kursus yang dianjurkan pula oleh Pasti Kawasan masing-masing, Tidak cukup dengan itu, guru-guru Pasti juga diwajibkan mengikuti Usrah dan Tamrin secara berkala.

5) Yuran dan Kos Pendidikan yang Murah

Dibandingkan dengan yuran pendaftaran dan bulanan yang dikenakan oleh Pra-sekolah swasta yang mencapai ratusan ringgit, yuran bulanan Pasti adalah sangat rendah. Sebagai contohnya yuran Pasti cawangan di sekitar Kota Bharu haya sekitar RM 25 - RM 40 sahaja. Disamping itu ibu-bapa diberi pilihan untuk mendaftarkan anak ke pakej-pakej khas pilihan seperti kelas transit, Qiraati dan sebagainya dengan hanya sedikit bayaran tambahan.

6) Guru-guru Yang Berdedikasi Dan Ikhlas

Selain dilengkapi dengan pengetahuan dan latihan, guru-guru Pasti juga amat berdedikasi dalam menjalankan tugas masing-masing. Dibandingkan dengan ganjaran dan gaji yang diterima tentulah tidak berpadanan sebaliknya pengorbanan dan kecintaan kepada profesyen keguruan menjadi sandaran. Tentulah guru-guru yang mengajar dengan penuh keikhlasan tersebut akan memberikan hasil dan kesan yang lebih baik untuk anak-anak kita terutamanya dari sudut keberkatan dan pembentukan akhlaq.

7)  Pengalaman Dan Penambahbaikan

Pasti telah menyambut Jubli Perak pada tahun 2009 yang lepas, Ini bermakna umur pasti sudah mencapai 27 tahun dan telah cukup matang dengan selok belok di bidang pendidikan pra-sekolah. Ianya juga sudah mengalami berbagai tahap transformasi dan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Sebagai contohnya di tahun 2012 ini, seluruh bagunan pasti akan menyeragamkan cat dan mural bangunan masing-masing bagi membentuk satu identiti yang sama. Berbagai KPI juga telah ditetapkan kepada Pasti Kawasan untuk dicapai setiap tahun.

8)  Dasar dan Manhaj  Berteraskan Pemantapan Akidah

Yang paling utama sekali, Visi dan Misi Pasti dipimpin oleh ajaran Islam yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Proses pendidikan Pasti lebih mengutamakan pembinaan akidah yang benar dan mantap di samping tidak meningggalkan aspek JERI (jasmani, emosi, rohani dan Intelek) yang lain sebagai mana panduan dari nasihat Luqman kepada anaknya (rujuk Surah Luqman). Semoga dengan menghantar anak-anak di Pasti, anak-anak kita akan mempunyai bakat (dan kemahiran) untuk membaca dan menyedekahkan bacaan tersebut kepada roh kita sekiranya kita sudah pergi ke alam baqa kelak.

Dengan berbagai kelebihan yang ditawarkan oleh Pasti di atas, masih adakah lagi di antara kita yang memilih pusat pendidikan pra-sekolah yang lain selain Pasti semata-mata kerana melihat bangunan Pasti yang uzur barangkali? Lebih menyedihkan sekiranya ada pada pemimpin dan aktivis parti yang berjuang menegakkan politik Islam tetapi memilih pendidikan yang kurang Islamik untuk anaknya.

Akhir kalam, marilah sama-sama kita menghantar anak masing-masing ke Pasti kerana pastinya hanya Pasti yang selayaknya menjadi pilihan anda untuk anak-anak anda.

Sunday, December 25, 2011

GOTONG ROYONG PASTI AL-MUSTAKIM

Syukur kepada Allah atas segala nikmatnya yang tidak terhingga banyaknya kepada hamba-hambanya. Program gotong royong yang dirancangkan semenjak minggu lepas telah berjaya dilaksanakan. Terima kasih kepada adik-adik Green-V yang telah sudi menyumbangkan tenaga membersihkan, menghias serta mengecat Pasti Al-Mustakim pada hari ini 25/12/11 (Ahad) dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Segala pengorbanan yang diberikan pastinya akan mendapat pembalasan di sisi Allah.
Dalam operasi mengecat, kami telah cuba menggantikan cat dinding simen (batu) Nippon Yellow sebagaimana diarahkan oleh Pasti Pusat dengan cat kayu yang sewarna dengannya. Menurut tukang cat, kod cat dinding atas dan bawah (kuning dan hijau) yang diberikan sebagai panduan oleh Pasti pusat hanya untuk cat dalam sahaja dan tidak sesuai untuk cat luar (weather shield), Berdasarkan makluman tersebut Pasti KB telah menggunakan cat jenis lain yang dibancuh agar sama warna dengan kod yang diberi, Lukisan kartun dan gambar binatang akan dilukis semula bila mendapat sentuhan 'pakar' nanti,




Bermula dari luar dan bawah
Sedang berkebun?
  
Bekerja Dengan Penuh Tekun

Dinding Luar Sedang Dicat
SU pun Turut Serta
Operasi Di Dalam Kelas

Sedang Menunjukkan Bakat



Pengerusi Pasti KB Beserta AJK Pasti Cawangan
Hasil Akhir
Ceria Dan Menarik Walaupun Belum Dilukis Mural Sepenuhnya
Setia Menyambut Pelajar Baru Dan Lama