Thursday, December 29, 2011

MENGAPA MEMILIH PASTI UNTUK ANAK ANDA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Hari tiada sebarang gambar yang akan di'upload'. Hanya sebuah bicara untuk anda tatapi dan hayati seterusnya disusuli dengan sebuah tindakan.

Cuti sekolah sudah sampai ke penghujungnya. Ibu bapa terutamanya yang jenis 'last minute' mula sibuk mencari kelengkapan untuk anak-anak masing-masing. Bagi yang mempunyai anak pra-sekolah mula mendaftarkan anak masing-masing di tadika-tadika pilihan. Bagi yang memilih Pasti sebagai wadah pendidikan anak anda, bersyukurlah kerana anda telah membuat pilihan yang bijak dan tepat.

Mengapakah saya berani mengatakan begitu? Ini kerana pasti mempunyai banyak kelebihan yang tidak dimiliki oleh pusat pendidikan pra-sekolah yang lain. keistimewaan pasti tidak boleh diukur dengan ciri fizikalnya sekalipun tidak dinafikan keadaan tempat belajar adalah penting. Di antara kelebihan Pasti adalah seperti berikut ;

1) Pusat Pendidikan Prasekolah Terbesar Dan Program Bersifat Nasional

Pasti merupakan antara pusat pendidikan pra sekolah yang terbesar di Malaysia. Di seluruh Malaysia terdapat 1677 buah Pasti (melebih 75,000 murid) manakala di Kelantan sahaja terdapat 297 buah Pasti. Di Kota Bharu terdapat 17 buah Pasti (12 di Tanjung Mas, 3 di Bunut Payong dan 2 di Kota lama). Justeru, berbagai program bersifat nasional dapat dijalankan bagi memberikan peluang kepada anak-anak kita yang berpotensi untuk ditonjolkan bakatnya ke peringkat tertinggi terutamanya program ko-kurikulum seperti Pesta Sukan Pasti, Alam Ria Pasti serta Akademik (Peperiksaan) yang diselaraskan di seluruh negara. Anak-anak anda yang berbakat berpeluang digilap bakatnya di peringkat kawasan, negeri dan seterusnya negara.

3) Kurikulum Yang Bersepadu, Terkini dan Terbaik

Kurikulum pasti digubal oleh pakar-pakar pendidikan terutamanya pendidikan kanak-kanak dan sering diceduk terutamanya oleh pusat-pusat pra-sekolah swasta sebagai rujukan. Ianya menekankan pembangunan Insan yang seimbang untuk dunia dan akhirat. Berbagai modul pendidkan yang terbaru sentiasa digubal dan mengalami proses penambahbaikan dari semasa ke semasa. Modul seperti kelas KAFFAH, kelas Transit, Pra Tahfiz serta Kurikulum 4 Tahun telah dirangka dengan begitu lengkap serta dilengkapi pula dengan manual perlaksanaan dan latihan untuk guru, buku-buku latihan serta pelbagai Bahan Bantu Mengajar bagi menjayakan perlaksanaanya.

4) Guru-guru Yang Terlatih

Guru-guru Pasti juga sentiasa di'upgrade' dan di'up-to-date'kan dengan ilmu-ilmu pendidikan dari semasa ke semasa. Setiap guru pasti mestilah menjalani Kursus Peringkat Asas, Peringkat Pertengahan, Kursus Mengikut Modul dan berbagai lagi kursus yang dianjurkan pula oleh Pasti Kawasan masing-masing, Tidak cukup dengan itu, guru-guru Pasti juga diwajibkan mengikuti Usrah dan Tamrin secara berkala.

5) Yuran dan Kos Pendidikan yang Murah

Dibandingkan dengan yuran pendaftaran dan bulanan yang dikenakan oleh Pra-sekolah swasta yang mencapai ratusan ringgit, yuran bulanan Pasti adalah sangat rendah. Sebagai contohnya yuran Pasti cawangan di sekitar Kota Bharu haya sekitar RM 25 - RM 40 sahaja. Disamping itu ibu-bapa diberi pilihan untuk mendaftarkan anak ke pakej-pakej khas pilihan seperti kelas transit, Qiraati dan sebagainya dengan hanya sedikit bayaran tambahan.

6) Guru-guru Yang Berdedikasi Dan Ikhlas

Selain dilengkapi dengan pengetahuan dan latihan, guru-guru Pasti juga amat berdedikasi dalam menjalankan tugas masing-masing. Dibandingkan dengan ganjaran dan gaji yang diterima tentulah tidak berpadanan sebaliknya pengorbanan dan kecintaan kepada profesyen keguruan menjadi sandaran. Tentulah guru-guru yang mengajar dengan penuh keikhlasan tersebut akan memberikan hasil dan kesan yang lebih baik untuk anak-anak kita terutamanya dari sudut keberkatan dan pembentukan akhlaq.

7)  Pengalaman Dan Penambahbaikan

Pasti telah menyambut Jubli Perak pada tahun 2009 yang lepas, Ini bermakna umur pasti sudah mencapai 27 tahun dan telah cukup matang dengan selok belok di bidang pendidikan pra-sekolah. Ianya juga sudah mengalami berbagai tahap transformasi dan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Sebagai contohnya di tahun 2012 ini, seluruh bagunan pasti akan menyeragamkan cat dan mural bangunan masing-masing bagi membentuk satu identiti yang sama. Berbagai KPI juga telah ditetapkan kepada Pasti Kawasan untuk dicapai setiap tahun.

8)  Dasar dan Manhaj  Berteraskan Pemantapan Akidah

Yang paling utama sekali, Visi dan Misi Pasti dipimpin oleh ajaran Islam yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Proses pendidikan Pasti lebih mengutamakan pembinaan akidah yang benar dan mantap di samping tidak meningggalkan aspek JERI (jasmani, emosi, rohani dan Intelek) yang lain sebagai mana panduan dari nasihat Luqman kepada anaknya (rujuk Surah Luqman). Semoga dengan menghantar anak-anak di Pasti, anak-anak kita akan mempunyai bakat (dan kemahiran) untuk membaca dan menyedekahkan bacaan tersebut kepada roh kita sekiranya kita sudah pergi ke alam baqa kelak.

Dengan berbagai kelebihan yang ditawarkan oleh Pasti di atas, masih adakah lagi di antara kita yang memilih pusat pendidikan pra-sekolah yang lain selain Pasti semata-mata kerana melihat bangunan Pasti yang uzur barangkali? Lebih menyedihkan sekiranya ada pada pemimpin dan aktivis parti yang berjuang menegakkan politik Islam tetapi memilih pendidikan yang kurang Islamik untuk anaknya.

Akhir kalam, marilah sama-sama kita menghantar anak masing-masing ke Pasti kerana pastinya hanya Pasti yang selayaknya menjadi pilihan anda untuk anak-anak anda.

Sunday, December 25, 2011

GOTONG ROYONG PASTI AL-MUSTAKIM

Syukur kepada Allah atas segala nikmatnya yang tidak terhingga banyaknya kepada hamba-hambanya. Program gotong royong yang dirancangkan semenjak minggu lepas telah berjaya dilaksanakan. Terima kasih kepada adik-adik Green-V yang telah sudi menyumbangkan tenaga membersihkan, menghias serta mengecat Pasti Al-Mustakim pada hari ini 25/12/11 (Ahad) dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Segala pengorbanan yang diberikan pastinya akan mendapat pembalasan di sisi Allah.
Dalam operasi mengecat, kami telah cuba menggantikan cat dinding simen (batu) Nippon Yellow sebagaimana diarahkan oleh Pasti Pusat dengan cat kayu yang sewarna dengannya. Menurut tukang cat, kod cat dinding atas dan bawah (kuning dan hijau) yang diberikan sebagai panduan oleh Pasti pusat hanya untuk cat dalam sahaja dan tidak sesuai untuk cat luar (weather shield), Berdasarkan makluman tersebut Pasti KB telah menggunakan cat jenis lain yang dibancuh agar sama warna dengan kod yang diberi, Lukisan kartun dan gambar binatang akan dilukis semula bila mendapat sentuhan 'pakar' nanti,




Bermula dari luar dan bawah
Sedang berkebun?
  
Bekerja Dengan Penuh Tekun

Dinding Luar Sedang Dicat
SU pun Turut Serta
Operasi Di Dalam Kelas

Sedang Menunjukkan Bakat



Pengerusi Pasti KB Beserta AJK Pasti Cawangan
Hasil Akhir
Ceria Dan Menarik Walaupun Belum Dilukis Mural Sepenuhnya
Setia Menyambut Pelajar Baru Dan Lama

Thursday, December 22, 2011

PERBINCANGAN DI PASTI AL-MUSTAKIM

Selepas zohor, Timbalan Pengerusi dan setiausaha Pasti Kota Bharu telah mengadakan perbincangan dengan Ahlijawatankuasa Pasti Al-Mustakim yang terdiri dari Haji Zakaria (Pengerusi), Hj Rahim (Timb. Pengerusi) dan Hj Ismail (Bendahari) dan guru pasti Cikgu Ti dan Ta. Mauduk perbincangan adalah berhubung rancangan mengadakan gotong royong pihak Pasti Mustakim bersama Green-V dan Pemuda PAS Kota Bharu bagi membersihkan dan mengindahkan lagi pasti ini. Program akan diadakan pada pagi Ahad 25/12/11 (Ahad) ini. Insyaallah berjaya.

Pasti Al-Mustakim Langgar Kota Bharu

Timbalan Pengerusi Pasti Kota Bharu bersama AJK Pasti Al-Mustakim

Tuesday, December 20, 2011

BENGKEL PENINGKATAN PENGAJARAN

Cuti persekolahan bukan bermakna rehat sepenuhnya bagi guru-guru Pasti kerana banyak yang perlu disiapkan dan disusun kembali. Begitu juga dari sudut persiapan diri dan pengembangan ilmu pengetahuan tidak seharusnya dilupakan. Menyedari hakikat tersebut pada 20/12/2011, Pasti Kota Bharu dengan kerjasama MGP Kota Bharu telah menganjurkan Bengkel Peningkatan Pengajaran Dan Pengurusan Kelas yang dihadiri oleh hampir semua guru-guru Pasti dalam Kawasan Kota Bharu.  Bengkel tersebut diadakan di Pasti Al-Qamariah, Sungai Keladi bermula jam 9.30 pagi sehingga 5.00 petang.
Puan Hasnah Abdullah, Guru Pakar Pasti Negeri telah menerangkan tentang Rancangan Pengajaran dan Buku Kedatangan Pelajar manakala pada sebelah petangnya Bengkel diisi oleh YM Tengku Aniza binti Tengku Ibrahim (Taska Qasih) yang menunjuk ajar tentang Pengurusan Bilik Darjah serta Persiapan Awal Tahun.
Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua Pembentang dan tahniah sekali lagi kepada Kak Mah (Pn Wan Hasmah) serta semua terlibat menjayakan bengkel tersebut termasuk semua guru-guru yang hadir.

Puan Wan Hasnah sedang mencurahkan ilmunya

Tak kisah duduk dikerusi kecil demi meningkatkan ilmu dan kemahiran

Monday, December 19, 2011

LAWATAN KE PASTI AL-IQRA DAN AL-QAMARIAH

Kelmarin 18/12/11 Pengerusi Pasti Kota Bharu bersama Setiusaha telah pergi melawat / meninjau Pasti Al-Iqra Kubang Tuman. Kami sempat berbual dengan "Abang Oq", orang kuat Kubang Tuman yang kebetulan berada di situ. Sambil berbincang dengan Abg Oq tentang perkembangan Pasti Al-Iqra, kami juga sempat melawat projek ikan Siakap, kaloi, lobster dan lain-lain haiwan peliharaan beliau seperti burung merpati berharga RM 200 - RM 600, arnab, ayam serama dan lain-lain lagi.
Kemudian kami ke Pasti Al-Qamariah melihat bakal pejabat baru Pasti Kawasan dan lain-lain. Cadangannya untuk menaik taraf Pasti Al-Qamariah sebagai Pasti contoh. Insyaallah. Di Al-Qamariah kami di sambut oleh Puan Hasmah (AJK Pasti Negeri) dan Cikgu Nur Adawiyah.

Pengerusi sedang membincangkan sesuatu dgn Abe Oq di hadapan Pasti Al-Iqra

Mural di hadapan Pasti Al-Iqra ini akan ditukar sebagaimana standard baru

Sedang melihat projek Abe Oq
Penuh dengan ikan berharga RM 60 seekor

Pasti Al-Qamariah tersergam indah bakal tempatkan pejabat Pasti Kota Bharu

Friday, December 16, 2011

PASTI BARU BUKA

Sebagai menyahut seruan Pengarah Pasti Pusat juga sasaran tahunan Pasti Kota Bharu serta YB Dato Wan Abdul Rahim sendiri, Pasti Kota Bharu akan berusaha untuk membuka sebuah Pasti yang bertempat di dalam DUN Bunut Payong iaitu di Kampung Puteh.
Kini Pasti tersebut dalam proses pendaftaran dan juga pembinaan bangunan pencapai tahap 70% kesiapan. Sasaran ditetapkan adalah supaya ianya dapat terus beroperasi dari awal tahun lagi.
Sumbangan derma bagi mempercepatkan lagi proses pembinaan pasti tersebut (upah tukang dan bahan binaan) amat diharapkan dari para hartawan dan orang ramai yang prihatin.
Terima kasih diucapkan kepada Sdra Hamzi dan juga Ketua Cawangan serta semua ahli jawatankuasa cawangan yang bertungkus lumus berusaha menjadikan Pasti Al-Aswad / Pasti Al-Hijah / ??? menjadi kenyataan.
Gambar Pasti Kg Puteh Dalam Pembinaa

Progress kira-kira 60% diambil pada 13/12/11