Syukur kepada Allah atas segala nikmatnya yang tidak terhingga banyaknya kepada hamba-hambanya. Program gotong royong yang dirancangkan semenjak minggu lepas telah berjaya dilaksanakan. Terima kasih kepada adik-adik Green-V yang telah sudi menyumbangkan tenaga membersihkan, menghias serta mengecat Pasti Al-Mustakim pada hari ini 25/12/11 (Ahad) dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Segala pengorbanan yang diberikan pastinya akan mendapat pembalasan di sisi Allah.
Dalam operasi mengecat, kami telah cuba menggantikan cat dinding simen (batu) Nippon Yellow sebagaimana diarahkan oleh Pasti Pusat dengan cat kayu yang sewarna dengannya. Menurut tukang cat, kod cat dinding atas dan bawah (kuning dan hijau) yang diberikan sebagai panduan oleh Pasti pusat hanya untuk cat dalam sahaja dan tidak sesuai untuk cat luar (weather shield), Berdasarkan makluman tersebut Pasti KB telah menggunakan cat jenis lain yang dibancuh agar sama warna dengan kod yang diberi, Lukisan kartun dan gambar binatang akan dilukis semula bila mendapat sentuhan 'pakar' nanti,
 |
Bermula dari luar dan bawah |
 |
Sedang berkebun? |
 |
Bekerja Dengan Penuh Tekun |
 |
Dinding Luar Sedang Dicat |
 |
SU pun Turut Serta |
 |
Operasi Di Dalam Kelas |
 |
Sedang Menunjukkan Bakat |
 |
Pengerusi Pasti KB Beserta AJK Pasti Cawangan |
 |
Hasil Akhir |
 |
Ceria Dan Menarik Walaupun Belum Dilukis Mural Sepenuhnya |
 |
Setia Menyambut Pelajar Baru Dan Lama |
No comments:
Post a Comment