Tuesday, December 20, 2011

BENGKEL PENINGKATAN PENGAJARAN

Cuti persekolahan bukan bermakna rehat sepenuhnya bagi guru-guru Pasti kerana banyak yang perlu disiapkan dan disusun kembali. Begitu juga dari sudut persiapan diri dan pengembangan ilmu pengetahuan tidak seharusnya dilupakan. Menyedari hakikat tersebut pada 20/12/2011, Pasti Kota Bharu dengan kerjasama MGP Kota Bharu telah menganjurkan Bengkel Peningkatan Pengajaran Dan Pengurusan Kelas yang dihadiri oleh hampir semua guru-guru Pasti dalam Kawasan Kota Bharu.  Bengkel tersebut diadakan di Pasti Al-Qamariah, Sungai Keladi bermula jam 9.30 pagi sehingga 5.00 petang.
Puan Hasnah Abdullah, Guru Pakar Pasti Negeri telah menerangkan tentang Rancangan Pengajaran dan Buku Kedatangan Pelajar manakala pada sebelah petangnya Bengkel diisi oleh YM Tengku Aniza binti Tengku Ibrahim (Taska Qasih) yang menunjuk ajar tentang Pengurusan Bilik Darjah serta Persiapan Awal Tahun.
Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua Pembentang dan tahniah sekali lagi kepada Kak Mah (Pn Wan Hasmah) serta semua terlibat menjayakan bengkel tersebut termasuk semua guru-guru yang hadir.

Puan Wan Hasnah sedang mencurahkan ilmunya

Tak kisah duduk dikerusi kecil demi meningkatkan ilmu dan kemahiran

No comments:

Post a Comment