Showing posts with label bengkel. Show all posts
Showing posts with label bengkel. Show all posts

Tuesday, December 20, 2011

BENGKEL PENINGKATAN PENGAJARAN

Cuti persekolahan bukan bermakna rehat sepenuhnya bagi guru-guru Pasti kerana banyak yang perlu disiapkan dan disusun kembali. Begitu juga dari sudut persiapan diri dan pengembangan ilmu pengetahuan tidak seharusnya dilupakan. Menyedari hakikat tersebut pada 20/12/2011, Pasti Kota Bharu dengan kerjasama MGP Kota Bharu telah menganjurkan Bengkel Peningkatan Pengajaran Dan Pengurusan Kelas yang dihadiri oleh hampir semua guru-guru Pasti dalam Kawasan Kota Bharu.  Bengkel tersebut diadakan di Pasti Al-Qamariah, Sungai Keladi bermula jam 9.30 pagi sehingga 5.00 petang.
Puan Hasnah Abdullah, Guru Pakar Pasti Negeri telah menerangkan tentang Rancangan Pengajaran dan Buku Kedatangan Pelajar manakala pada sebelah petangnya Bengkel diisi oleh YM Tengku Aniza binti Tengku Ibrahim (Taska Qasih) yang menunjuk ajar tentang Pengurusan Bilik Darjah serta Persiapan Awal Tahun.
Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua Pembentang dan tahniah sekali lagi kepada Kak Mah (Pn Wan Hasmah) serta semua terlibat menjayakan bengkel tersebut termasuk semua guru-guru yang hadir.

Puan Wan Hasnah sedang mencurahkan ilmunya

Tak kisah duduk dikerusi kecil demi meningkatkan ilmu dan kemahiran

Wednesday, December 29, 2010

BENGKEL TRANSISI 5 DAN 6 TAHUN

Pada 23 & 24 Disember 2010 Majlis Guru Pasti Kota Bharu telah mengadakan program Bengkel Transisi 5 Dan Tahun di Dewan Pasti Al-Qamariah, Sungai Keladi, Kota Bharu. Objektif program tersebut adalah untuk meningkatkan lagi skil pengajaran guru-guru kepada anak-anak Pasti yang baru memasuki kelas 5 dan 6 tahun. Kursus tersebut dihadiri oleh sebahagian besar guru-guru Pasti kawasan Kota Bharu.
Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi khamis 23/12/10 tersebut turut merangkumi program peningkatan rohani dengan adanya Qiamullail, solat berjamaah dan kuliah Subuh. Program diakhiri dengan ucapan perasmian penutup oleh Pengerusi Pasti KB, Cikgu Zuhairi Ismail.
Dalam ucapannya Cikgu Zuhairi menyentuh beberapa perkara seperti berikut :
i.   Agar guru-guru Pasti mengambil berat soal pakaian agar menjadi contoh kepada masyarakat.
ii.  Akan menyediakan pakaian rasmi kepada guru-guru.
iii.  Arahan Pasti Pusat agar setiap kawasan Pasti mempunyai pejabat sendiri.
iv.  Akan mengadakan program wajib kepada guru-guru Pasti seperti puasa sunat pada hari-hari tertentu dan usrah bulanan

Program diakhiri dengan penyampaian sumbangan sebanyak RM 3000.00 kepada MGP kerana telah berjaya mengadakan program Ihtifal kawasan baru-baru pada bulan lepas di Pasti Al-Qamariah.
Tahniah diucapkan kepada MGP kerana telah berjaya menganjurkan kursus tersebut.

Puan Hasmah menyampaikan taklimat

Pengerusi & SU turut hadir

Penyampaian cek sumbangan kepada Pengerusi MGP

Antara bahan yang dibengkelkan

Sebahagian peserta yang terlibat

Beri perhatian amanat Pengerusi

Peserta

Khusyuk mendengar