Wednesday, November 17, 2010

IHTIFAL PASTI KB

Alhamdulillah. Pasti-pasti cawangan telah selamat mengadakan Majlis Ihtifal masing-masing pada hari khamis dan jumaat (6.11,12 & 13 November 2010) yang lepas. Pasti-pasti yang telah mengadakan ihtifal sebagaimana berikut ;



Setiap majlis yang diadakan akan turut dihadiri oleh AJK Pemuda KB sebagai mewakili DPPKB. Cuma agak mengecewakan juga kerana ramai AJK Pemuda yang tidak dapat menyertai program tersebut kerana terlibat dengan persiapan Expo Cheng Ho dan ada juga yang ke Kuala Lumpur menghadiri seminar ... "Pas Ganti UMNO" ? Ada juga AJK Pemuda merangkap tok-tok ngulu yang ada program bersama Tok Penggawa.

SU Pasti KB juga telah memaklum kepada Sinar Harian berhubung program tersebut dan menghantar email kepada wartawan berkenaan, malangnya tak ada rezeki lagi untuk masuk berita. Maaf Mok Su Nah tu.
Tahun depan insyaallah PASTI KB akan mengadakan program berpusat atau 'konvo' yang melibatkan semua Pasti cawangan.

Thursday, November 11, 2010

IHTIFAL PASTI JAAFARIAH


Pasti Jaafariah telah mengadakan majlis ihtifal pada 11/11/2010 bermula jam 9.00. Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Kota Bharu merangkap Pegawai Khas kepada YB Dato Anuar Tan iaitu Ustaz Wan Azimin bin Wan Adnan. Turut hadir SU Pasti KB, ALP Pasti Negeri Pn Hasmah bt Abdullah dan AJK Pasti KB merangkap AJK Muslimat, Puan Haslini Hussin. Sekalipun majlis dibuat secara sederhana memandangkan Pasti tersebut yang bersambung dengan surau kini dalam proses pengubahsuaian dan penambahbaikan, namun tetap meriah dengan persembahan anak-anak Pasti, cabutan bertuah, penyampaian cenderamata dan hadiah kecemerlangan pelajar oleh Ketua Pemuda dan AJK Pasti KB.

Penyampaian hadiah oleh KP


Lagi sumbangann disampaikan oleh KP
Di balik tabir


Anak-anak kita memang berbakat jika dipupuk
Persembahan Nasyid

Kak Mah mempengerusikan majlis
Puan Haslini dari Dewan Muslimat

Ketua Pemuda DPPKB


Monday, November 8, 2010

MAJLIS IHTIFAL PASTI FATIMAH AZ-ZAHRAH

Pada 6 November 2010, PASTI FATIMA AZ-ZAHRAH 1,2 dan 3 (cawangan P.Chepa) telah mengadakan Majlis Ihtifal di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu. Majlis tersebut dihadiri oleh En. Wan Zil (Setiausaha Pasti KB) sebagai mewakili Pasti Kawasan KB dan juga Puan Hasmah Abdullah mewakili Pasti Negeri.

Berikut antara gambar-gambar suasana majlis tersebut.






Thursday, October 1, 2009

GAMBAR-GAMBAR PASTI AZ-ZAHRAH










Mengenali Pasti Az-Zahrah

Pasti Az-Zahrah adalah sebuah Pasti yang aktif di terletak di Taman Desa Rahmat, Kota Bharu. Untuk menuju ke Pasti tersebut adalah dari cabang empat Guchil Bayam menuju ke Demit kemudian masuk ke taman berkenaan. Jumlah pelajarnya tidak kurang dari 35 orang di bawah bimbingan dua orang guru yang aktif dan kreatif iaitu cikgu Munawwarah Hasbiah dan Cikgu Zaidah. Pasti tersebut telah mengadakan berbagai aktiviti seperti foto di bawah.

Tuesday, June 30, 2009

PASTI KB Catat Sejarah Lagi



Seperti yang saya sebutkan dalam post terdahulu, Pasti KB sekali lagi mencatat sejarah bilamana Pasukan Bolasepak nya telah muncul sebagai JUARA manakala Pasukan Bolajaring pula muncul sebagai NAIB JUARA. Dalam Bolasepak, Pemain terbaik diungguli oleh MOHD AFIQ NABIHAN ROZMAN dari PASTI AL-HUSNA, Paya Rambai dan Penjaring terbanyak pula oleh ADAM AZIZALLAH KHAN dari Pasti AR-RAHMAH, Berek 12. Walaubagaimanapun JUARA KESELURUHAN dimenangi oleh Kubang Kerian. Tak apalah sebab sama-sama Pasti. Tahun depan insyaAllah akan dirampas balik oleh KB.

Tarik tali apa cerita? ... Syyyh !!! Yg tu tahun depan kita cerita. Tapi, tahun depan kita harap pihak Urusetia dapat sediakan 'healer' kepada pengadil tarik tali. Barulah penarik-penarik (?) dapat betul-betul bersedia menarik tali. (Ini bukan alasan tapi cadangan).

Justeru KEHEBATAN pemain-pemain Pasti KB dalam pertandingan tersebut, 8 orang pemain bolasepak dan 4 orang pemain bolajaring dari KB telah dipilih mewakili Pasti Kelantan ke Pesta Sukan Pasti Malaysia di Selangor pada

Pertandingan tersebut diadakan di Padang Majlis Perbandaran Dabong, Laloh pada 11/6/09 (Khamis) setelah jadual pertandingan asal ditunda akibat hujan lebat di Kota Bharu pada 30/5/09 yang lalu.

Tahniah kepada semua guru, jurulatih, pengurus, ajk dan pelajar yang terlibat. Tahniah !

Tuesday, May 5, 2009

Latihan Sukan PASTI KB

PastiKB akan mengadakan latihan sukan pada 7 , 14 dan 21 Mei 2009 ini di Padang JKR 10 jam 9.00 pagi ( Khamis). Latihan tersebut akan dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman bagi merealisasikan visi merangkul gelaran JUARA bolasepak, bola jaring dan tarik tali.
Juara bukanlah gelaran yang asing bagi PASTI KB kerana kami adalah Juara Bertahan pasukan bolasepak serta mendapat tempat ke 3 pertandingan bola jaring pada Sukan PASTI Negeri tahun lepas.
InsyaAllah kejayaan pada tahun ini akan menjadi lebih manis lagi. Siap siaga wahai pejuang-pejuang kami.