Friday, November 26, 2010

ADIK NOR ATIQ PELAJAR CEMERLANG PASTI AL-QAMARIAH

Pasti Al-Qamariah telah mengadakan majlis ihtifalnya pada 13/11/10 (Sabtu). Majlis tersebut dihadiri dan dirasmikan oleh wakil Pemuda PAS Negeri Kelantan iaitu Ustaz Nazli (AJK Lujnah Tarbiah).
Pada majlis tersebut, Adik Nor Atiq Syafiqah bt Mat Nor telah dianugerahkan sebagai Pelajar Paling Cemerlang dan Berinovasi. Pemilihan adik Nor Syafiqah amat tepat memandangkan beliau telah mendapat tempat pertama ujian akademik untuk anak-anak Pasti berumur 6 tahun. Dalam ko-kurikulum pula beliau telah mewakili pasti cawangan, kawasan dan seterusnya pasti Negeri Kelantan ke Pasta Sukan Pasti peringkat Kebangsaan.
Tahniah diucapkan kepada adik Nor Atiq Syafiqah.





1 comment:

  1. tahniah utk syafiqah...tambahkan usaha semoga lebih cemerlang di tahun 1....tunjukkan keterampilan anak2 pasti mmg boleh.

    ReplyDelete